KAHERAH

Di bandar Kaherah juga anda akan di bawa ke Giza yang mana terletaknya Piramid terbesar di Mesir Pyramid Kufu, disisinya terdapat dua lagi pyramid iaitu Pyramid Mankara dan Pyramid Kufra,di Giza ini juga terdapat patung berkepala singa yang lebih dikenali dengan nama Sphinx atau Abu Hol.


Di Kaherah juga terletaknya kampus utama Universiti Al-Azhar dan Masjid Al-Azhar yang mana di gunakan sebagai tempat menuntut ilmu sebelum terbinanya Universiti Al-Azhar. Ianya masih digunakan sehingga sekarang. Menjadi tempat tumpuan mahasiswa yang datang untuk menuntut  dari seluruh pelusuk penjuru dunia termasuk Malaysia. Berhampiran dengannya terdapat sebuah bazar yang di beri nama Pasar Khan Al-Khalilidan lebih dikenali dengan paggilan “Husain” bagi mahasiswa disini. Pasar yang di buka sejak berzaman ini meruapakan kawasan jualan cenderahati dan pelbagai jenis barangan lain. Di sini juga terbinanya Masjid Saidina Hussain yang mana di katakan di maqamkan di dalamnya kepala Saidina Hussain.


Tahrir merupakan sebuah bandar yang mana mengalir di tengahnya Sungai Nil yang mana merupakan antara sungai terpanjang di dunia dan dikaitkan dengan kisah Nabi Musa dihanyutkan ketika kecil. Anda boleh menikmati keindahan persisiran sungai dengan menaiki cruise.Di sini juga letaknya Muzium Tahrir yang mana mempamerkan peninggalan Mesir dari zaman Firaun sehingga sekarang dan di dalamnya terdapat mumia Ramsis 2 yang terkenal berikutan kisahnya menentang Nabi Musa A.S

Kedudukan Ahram atau piramid yang terletak di Giza merupakan kawasan perkuburan Firaun di zaman dahulu. Ia merupakan salah satu tujuh binaan ajaib di dunia yang menjadi tumpuan para pelancong. Di kawasan ini terdapat tiga buah piramid utama dan juga Sphinx (Abu Houl) yang berkepala manusia bertubuh singa.

Piramid yang paling terkenal ialah di Giza, iaitu Piramid Besar Kufu, salah satu daripada tujuh benda ajaib di dunia. Piramid ini siap dibina pada tahun 2600 SM, mengambil masa 20 tahun, mengandungi 2 juta batu blok yang setiap satunya seberat 1 tan dan tapaknya pula seluas 13 ekar (5 hektar) dan tingginya 482 kaki. Piramid Mesir mempunyai permukaan batu kapur yang licin dan sudah tentunya kelihatan hebat ketika ia siap dibina. Pada masa sekarang kebanyakan kelonsong batu kapur tersebut telahpun diambil sebagai bahan binaan bangunan sekitarnya pada zaman selepasnya, meninggalkan permukaan batu kasar yang kelihatan pada masa sekarang.


I BUILT MY SITE FOR FREE USING