TIMUR TENGAH MESIR @ EGYPT 11 WILAYAH PELANCONGAN

TIMUR TENGAH MESIR @ EGYPT 11 WILAYAH PELANCONGAN

Egypt atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mesir adalah antara sebuah Negara tamadun terawal di dunia yang sarat dengan pelbagai sejarah agung yang mendalam seperti Dinasti Pemerintahan Firaun, sejarah mulia para Anbiya’ A.S, dan penyebaran agama Islam. Mesir juga dikenali sebagai “KINANAH” yang membawa maksud bumi yang mempunyai seribu anak panah dengan maksud yang tersirat dan mendalam iaitu Negara yang mempunyai banyak masjid dan dikenali Gedung Ilmu kerana terletaknya sebuah Universiti tertua di dunia iaitu Universiti Al-Azhar.

Learn More
KAHERAH

KAHERAH

KAHERAH merupakan ibu negara bagi negara MESIR dan juga dipanggil dengan nama CAIRO.Di dalam kota Kaherah ini terdapat sebuah kubu peninggalan SALEHUDDIN AL-AYUBI,didalamnya terdapat muzium ketenteraan dan 3 buah masjid,kubu ini telah dibina pada tahun 1183masihi dan masih utuh sehingga sekarang. Kubu ini terletak bersebelahan dengan Jabal Muqattam yang mana dari atas bukit muqattam ini anda boleh melihat pemandangan bandar Kaherah. Berhampiran dengannya juga terbinanya sebuah masjid yg di beri nama Masjid Imam AS-Syafie kerana di masjid ini ,bersemadinya jasad seorang ulama terkenal iaitu Muhammad Bin Idris atau lebih dikenali dengan gelaran Imam AS-Syafie,beliau merupakan pengasas Mazhab AS-Syafie,.Di dalam masjid ini juga terdapatnya maqam ulama terkenal Sheikh Zakaria Al-ansori.

Learn More
ISKANDARIAH @ ALEXANDARIA

ISKANDARIAH @ ALEXANDARIA

ISKANDARIAH Beralih ke kawasan Iskandariah atau Alexendria yang diambil sempena nama Alexander The Great.Bandar ini pernah menjadi ibu negara kepada Mesir. Iskandariah pernah menjadi satu pelabuhan terkenal pada zaman pemerintahan Sultan Ali Pasya. Antara tarikan bandar ini adalah di kawasan persisiran pantai di mana berdiri teguh sebuah kubu yang digelar Qal’ah Qaitbay yang di bina pada tahun 1477masihi. Anda boleh menikmati keindahan persisiran pantai Alexendia dari atas kubu

Learn More
SEMENANJUNG SINAI

SEMENANJUNG SINAI

Semenanjung Sinai terkenal dengan kisah kenabian Nabi Musa bermunajat dengan Allah SWT. Kisah kesesatan Bani Israel menyembah patung Lembu Samiri, di sini juga terdapatnya Maqam Nabi Harun dan Maqam Nabi Solleh A.S .Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mencabar, bolehlah mendaki Bukit Tursina yang mana di puncaknya merupakan kawasan di mana Nabi Musa berkhalwat dengan Allah SWT dan di turunkan Allah SWT kitab Taurat sebagai panduan untuk kaumnya. Anda juga boleh menikmati keindahan matahari terbit dalam suasana waktu subuh yang memukau di puncaknya.

Learn More
FAIYOUM

FAIYOUM

Faiyoum juga merupakan satu kawasan yang mana tercatatnya sejarah berkaitan dengan Raja Qarun,yang mana kisahnya yang kaya raya dan ditenggelamkan Allah segala hartanya akibat dari kekufurannya.Di sini terdapat sebuah tasik yang di beri nama Tasik Qarun dikatakan merupakan tempat dimana segala harta Raja Qorun tenggelam dan terbentuk Tasik di situ.Masih terdapat lagi banggunan yang dikatakan merupakan Istana Raja Qarun dan salah satu gudang penyimpanan harta-hartanya.

Learn More
MATRUH

MATRUH

Matroh merupakan sebuah pekan pantai, tempat Ratu Cleopatra dan Mark Anthony suatu ketika dahulu mempunyai sebuah istana. Matroh atau nama asalnya Marsi Matroh terletak di barat laut Mesir. Jarak ke Matroh adalah 600 km dari kaherah, mengambil tempoh sembilam jam perjalanan. Perjalanan menuju ke Matroh ini dikelilingi padang pasir dan melalui kota Iskandariah dan al-'Alamin. Matroh juga merupakan pusat peranginan sederhana pada musim panas yang mempunyai mercu tanda seekor kijang. Buah Thin dan Anggur merupakan tanaman utama bagi Matroh

SIWA

SIWA

Siwa dikenali dengan nama Jazira Malah (garam) kerana dikelilingi oleh lautan garam, 90 km dari paras laut. Juga dikenali sebagai Jazira Ballah (buah kurma) kerana terdapat banyak pokok kurma. Jazira Fatmas juga adalah nama ketiga bagi Siwa kerana tanamannya yang subur. Jazirah Fatmas ini telah dinamai oleh orang-orang barat. Dinamakan Jazir kerana terletak di tengah-tengah laut Jerman. Di sini terdapat kebun yang terletak di tasik garam. Di sini juga terdapat sebuah kolam mandi Cleopatra sedalam tujuh meter dan menjadi sumber air bagi kebun tersebut. Oasis Siwa dikelilingi padang pasir yang luas dan terletak di bahagian barat Qattara, di tengah-tengah Padang Pasir Libya dalam Negara Mesir. Jaraknya ke Tenggara Matroh sekitar 300 km.

Learn More
DAHAB

DAHAB

Dahab merupakan salah satu pusat peranginan di Bumi Mesir.Sejarah asal namanya ialah zahab dalam bahasa arabnya diammikan menjadi Dahab yang bermaksud emas kerana terdapat bukit bukau dan pada waktu senja kelihatan warnanya seakan-akan emas hasil pantulan cahaya matahari.

Learn More
SYARMU SYEKH

SYARMU SYEKH

Sharm el-Sheikh (شرم الشيخ) adalah sebuah bandar di penghujung selatan Semenanjung Sinai di Mesir, di sepanjang pesisir antara Laut Merahdan Gunung Sinai. Sharm el-Sheikh dikenal sebagai kota pelancongan, terutamanya untuk kegiatan air, misalnya snorkelling atau menyelam. Berbagai hotel dan restoran luar negeri yang terkenal terletak di sini. Menurut BBC, Sharm el-Sheikh adalah kawasan yang populer di kalangan pelancong  Israel, Jordan, Mesir dan Eropa.

ASWAN

ASWAN

Kota ini terletak di bahagian Selatan Mesir yang berjarak 904 km dari Kaherah. Kota ini memiliki panorama alam yang begitu indah. la menjadi tumpuan pengunjung pada musim dingin. Perkataan Aswan dalam bahasa Mesir Purba dikenal dengan nama Suno yang bererti pasar. Terdapat makam Aga Khan, pembina Sy'ah Ismailiyah di sana.

Learn More
LUXOR

LUXOR

Luxor merupakan sebuah bandar bagi Governoret Qena. la terletak kira-kira 700 km ke Selatan Kaherah. Pada mulanya kota ini dikenali sebagai West. Kemudian apabila ia dikuasai oleh Yunani, mereka menyebutkan sebagai ' Thebes ". Di bawah pemerintahan bangsa Arab, ia sekali lagi ditukar sebagai Luxor. Bangsa Arab juga menyebut kota ini sebagai "Al-Aqshar" (istana-istana)

Learn More
HURGHADA

HURGHADA

Hurghada adalah bandar di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir putihnya. Hurghada juga menawarkan tempat-tempat pelancongan yang disokong kemudahan yang baik. Di Hurghada terdapat banyak resort, hotel dan penginapan. Batu karang Pantai Hurghada dianggap yang paling indah di dunia. Hurghada juga menjadi pusat antarabangsa sukan air seperti meluncur angin, belayar, menyelam dan lain lain.

I BUILT MY SITE FOR FREE USING